Catatan

Tunjukkan catatan dari November 10, 2013

Nak kek princess!

Imej
Alhamdullillah! tercapai cita-cita Mama nak sediakan kek princess kepada puteri-puteri Mama! Semalam lepas solat Isyak, Mama sediakan jamuan untuk kami sekeluarga meraikan secara kecil-kecilan. Kek princess yang ditempah Mama amatlah mengujakan Auni Auni Auni! hehehe! Mana taknya masing-masing sibuk nak colek kek tuh! Bila dah dapat colek, masing-masing berebut nak makan patung princess tu dulu! Lagi-lagi si Kak Ngah (gelaran dah bertukar sejak dapat AMR junior hehehe). Mama! Angah (masih bahasakan diri sebagai Angah) nak makan princess nih! Maka, dicabutnya badan princess tu dan terus menjilat! Kekeke Bila sorang dah buat, yang lain pun ikut jerlah! Hadoih!! Anak-anak! tak kisahlah janji gembira! Si Kak Cik (dulu dikenali sebagai Adik hehehe) makan habis comot baju dia! Mana taknya! Masing-masing sibuk nak makan kek punya krim err icing ke apa tah... ratah yang tu jer! Pastu hiasan tepi kek tu pun kena ratah gak! Keknya makan sikit jer pun! Tu pun sebab kena paksa dengan Abah! heheh

Kakak Merajuk!

Imej
Abah sempat ambil gambar kakak merajuk sebab Abah tak bagi dia ambil bekas makanan dia. Masa nih nak hantar diorang ke sekolah. Abah dah lambat!! Bila nak sampai sekolah, Abah pujuk kakak, tapi masih merajuk, tapi bila Abah sua duit syiling suruh dia beli donut barulah dia tersenyum, ceria sikit! hehehe

Happy 4th Birthday Auni Auni Auni!!!

Imej
Selamat Hari Lahir Sayang sayang sayang Abah dan Mama!  Moga menjadi anak-anak yang solehah! Moga dimurahkan rezeki dan diberkati Allah SWT Abah dan Mama sentiasa mendoakan kebaikan untuk semua anak-anak Abah dan Mama Abah sayang anak anak anak anak anak semuanya!!! Gambar AF AH AN bersama-sama sepupunya dan auntienya! Punya laa susah nak cari gambar depa bertiga! Jumpa yang ini paling baru! Gambar masa kat rumah kenduri di Felda Layang-layang Johor hari tu! Gambar dalam kereta on the way balik Johor

Macam Suka Jer! Macam suka jer! Macam suka jer! Terima kasih Sinar Harian!!

Imej
Alhamdullillah syukur pada Allah, cerita Kelab Kembar Malaysia telah keluar di akhbar Sinar Harian bertarikh 11 Nov 2013. Diharapkan ada pihak dapat membuka mata dan memberi sokongan kepada Kelab Kembar ini dalam membantu keluarga-keluarga kembar yang memerlukan pertolongan. Ini kerana tidak semua keluarga kembar hidup senang. Kebanyakkannya dari golongan sederhana. Cabaran membesarkan anak kembar memang berbeza dari biasa. Perbelanjaan pun ganda dua atau tiga atau empat! Tapi itu semua tak menghalang kami ibubapa kembar membesarkan anak-anak kembar secukup yang boleh sama seperti ibu bapa yang lain. Apa yang penting keseronokkan dalam membesarkan anak-anak kembar yang berbagai kerenah nih! Hihihi Ok jom baca cerita di akhbar Sinar Harian Klik Sini Untuk Berita Sinar Harian Online Di samping itu marilah kita bersama-sama sedekah Al Fatihah untuk kembar siam Nur Shazwanie dan Nur Shazrinie yang meninggal dunia semalam akibat komplikasi jantung. Al Fatihah.. Klik sini unt